Thursday, 1 December 2011

POISON 004




Hati  bebas  menari,
basah  lidah  berzikir,
minda  sering  menyanyi,
akaun  dosa  melimpah,
bak  rahmat  mencurah ..


Jasad  saksi  amalan,
disoal  sesudah  hayatnya,
tampak  baik  zahirnya,
siapa  tahu  batinnya ..


Punyai  teman  sahabat,
melekat  mengapit  sentiasa,
lembah  neraka  ditujui,
kerna  butanya  hati ..


Liku-liku  jalan  diterokai,
meski  pekat  gelapnya,
belum  capai  kepuasan,
terus  hati  diseksa,
biar  bernanah  terluka ..


#MarkRose


Tuesday, 1 November 2011

POISON 003




Terkadang ada masanya kita memaksa mengukir garis senyum,
demi menutup kesedihan yang kian bersarang dalam hati,
daripada tersaksi jiwa kita yang mereka sakiti,
semata dia bahagia dalam tawa dan senyum,
meski hati ini luluh lumat hancur kerananya,
tabahlah wahai hati ..


Semakin lama kau mengenali aku,
semakin banyak ketempanganku yang kau nampak,
sama ada kau mahu menelan menerima,
atau mahu lari dari ketempangan ini,
sama ada sama-sama mahu servis membaiki,
atau membiarkan saja diri ini terkapai-kapai,
satu pesanku,
jauh mana pun kaki kau melangkah pergi,
kau takkan temui someone yang sempurna,
waktu itu aku mahu senyum saja ..


#MarkRose


Saturday, 1 October 2011

POISON 002




Kurenungi mentari menghilang,
kuratapi kepergian si awan,
menanti teman dari kayangan,
meneman sang gagak kesunyian ..


Andai aku mampu berbicara denganmu,
ingin saja aku luahkan kata maafan,
biar aku kerdil di matamu,
terimalah diri ini biar sekadar bayangan ..


Kini malam tiba lagi,
hilangnya dirimu terus pergi,
sekilas pun tak kusedari,
malangku ini nyata bukanlah mimpi ..


Menghilang mentari di kaki langit,
bertemu bayangmu sekilas pergi,
duluku tenang kini ku perit,
hilang dirimu penghibur hati ..


Bukan cereka bukan laporan,
sekadar luahan berupa kenangan,
biar hanya karya murahan,
anggaplah sekadar satu hiburan ..


#MarkRose


Thursday, 1 September 2011

POISON 001




Ke kiri ku buntu,
ke hutan ku hilang,
ke timur ku kosong,
aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus saja meninggalkan,
aku jauh ke dasar kerak bumi,
yang belum pernah diterokai,
bagaimana ku lindungi,
jiwaku biru,
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga,
umpama lampu yang mempunyai hitam,
lalu menunggu aku terus,
kini malam tiba lagi,
kau tinggalkan cahaya matahari,
dibebankan dengan bunyi titisan hujan,
seperti mahu saja aku mengejar,
gunung yang besarnya tak terdakap,
seperti itu jugalah rindu aku pada 'sesuatu' ,
kini harus aku menunggu,
atau hilang saja di lautan luas ..


#MarkRose



Thursday, 11 August 2011

INTRO OF POISON



Syukur dan Alhamdulillah ..

Tak expect kan .. Ruang atmosfera page ini finally tercipta, dan motifnya dimuatkan dengan muntahan isi hati yang original ..

'Poisoned Monologue' beri ruang untuk aku melampiaskan letusan dari gabungan benak dan hati ..

Atas reason apa diberi nama seburuk ini??

(Admin berfikir untuk beberapa jam)

Nothing .. No result for your finding ..

Actually, ia lebih kepada kompilasi kata-kata dan ayat-ayat sumpahan dari mulut si admin ni ..

Maka dengan itu, bergembiralah si audiens membaca dan menghayati dengan muka seposen diorang ..

(Admin dengan gaya 'sakit apendiks'nya, mengekek tawanya)





#MarkRose