Tuesday, 1 November 2011

POISON 003




Terkadang ada masanya kita memaksa mengukir garis senyum,
demi menutup kesedihan yang kian bersarang dalam hati,
daripada tersaksi jiwa kita yang mereka sakiti,
semata dia bahagia dalam tawa dan senyum,
meski hati ini luluh lumat hancur kerananya,
tabahlah wahai hati ..


Semakin lama kau mengenali aku,
semakin banyak ketempanganku yang kau nampak,
sama ada kau mahu menelan menerima,
atau mahu lari dari ketempangan ini,
sama ada sama-sama mahu servis membaiki,
atau membiarkan saja diri ini terkapai-kapai,
satu pesanku,
jauh mana pun kaki kau melangkah pergi,
kau takkan temui someone yang sempurna,
waktu itu aku mahu senyum saja ..


#MarkRose